Penganjuran aktiviti “Sungai Hongbao” di Gardens by the Bay Singapura merupakan satu tradisi semasa sambutan Tahun Baharu Cina (TBC) pada setiap tahun.
Tahun ini menandakan ulang tahun ke-40 bagi acara tersebut.
Dalam majlis pelancaran ‘Sungai Hongbao 2026’ yang diadakan baru-baru ini, Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong memberi ucapan menyambut TBC 2026 dalam pelbagai jenis bahasa.
Beliau mendoakan agar semua orang akan mempunyai hasrat yang tercapai, sihat badan, berjaya dalam segala usaha dan bahagia pada tahun baharu ini.
Pertunjukan kesenian yang berwarna-warni dalam majlis pelancaran itu memamerkan landskap masyarakat majmuk yang menonjolkan budaya tempatan yang pelbagai, sedangkan sorotan utama merupakan persembahan bunga api yang gemilang dan karnival tanglung. Ramai penduduk tempatan dan pelancong kelihatan teruja dalam suasana yang meriah dan terpikat dengan aktiviti yang bermacam-macam.













Tinggalkan Balasan