Artikel Xi “Mendorong Pembangunan Ekonomi Maritim Berkualiti Tinggi” Diterbitkan Qiushi

Satu artikel Xi Jinping yang bertajuk “mendorong pembangunan ekonomi maritim berkualiti tinggi” diterbitkan jurnal Qiushi edisi ke-6 tahun 2026 pada Isnin.

Xi sebagai Presiden China menekankan dalam artikel itu bahawa pemodenan ala China tidak terlepas dari penerokaan maritim yang cekap, pembangunan ekonomi maritim yang berkualiti tinggi, dan pembentukan ekosistem maritim yang kondusif mengikut acuan tersendiri.

Selain itu, usaha perlu dilakukan untuk memperbanyak anjakan dan tujahan dari aras tinggi serta memperincikan penggualan dasar sokongan, meningkatkan kemandirian dalam bidang inovasi sains dan teknologi maritim, memacu pengoptimuman industri maritim, di samping memperhalusi perancangan keseluruhan di pelbagai kawasan teluk dan meningkatkan perlindungan terhadap ekologi laut.

Artikel itu juga menyatakan perlu menyertai tadbir urus maritim sejagat secara mendalam, memperkuat kerjasama dalam bidang penyelidikan sains maritim, pencegahan dan mitigasi bencana serta ekonomi biru di peringkat global, dan menggalakkan pembinaan Perikatan Pelabuhan Antarabangsa di bawah Inisiatif  Jalur dan Laluan (BRI).