Satu artikel Presiden China, Xi Jinping bertajuk “Menempuh jalan pembangunan kewangan bercirikan China, memangkin agenda pemerkasaan sektor kewangan negara” diterbitkan di dalam Jurnal “Qiushi” edisi ke-3 tahun 2026 pada Ahad.
Dalam artikel itu, Xi menekankan bahawa jalan pembangunan kewangan bercirikan China bukan sahaja selaras dengan kelaziman objektif perkembangan kewangan moden, tetapi juga mempunyai keserasian yang menonjol dengan ekosistem negara China, dan jauh berbeza dengan model kewangan Barat. Perlunya mengukuhkan keyakinan pada diri sendiri, dan terus merintis jalan dalam praktik supaya dapat memperhalusi pelaksanaan pelbagai agenda dalam sektor kewangan negara.
Artikel itu menekankan bahawa agenda pemerkasaan negara dalam bidang kewangan tidak terlepas dari pembinaan sistem kewangan moden yang mempunyai ciri-ciri tersendiri.
Sementara itu, juga perlu memartabatkan penguatkuasaan undang-undang, menonjolkan pengamalan nilai-nilai integriti serta etika kerja yang tinggi dan giat menyuburkan kebudayaan warisan yang serasi dengan pembangunan sektor kewangan.













Tinggalkan Balasan