Jurucakap Kementerian Perdagangan China dalam sidang taklimat pada Jumaat berkata, selepas rundingan ekonomi dan perdagangan antara China dan Amerika Syarikat (AS) di London, kedua-dua negara baru-baru ini telah mengesahkan butiran pelaksanaan konsensus penting yang dicapai dalam perbualan telefon antara pemimpin kedua-dua negara pada 5 Jun, serta langkah-langkah untuk mengukuhkan hasil perundingan ekonomi dan perdagangan di Geneva.
Pada masa ini, kumpulan kerja kedua-dua pihak sedang melakukan kerja untuk mempercepatkan pelaksanaan hasil rundingan London.
s chinaMenurut jurucakap itu, pihak AS diharap dapat memahami dengan mendalam sifat hubungan ekonomi dan perdagangan China-AS yang saling menguntungkan dan sama menang, bertindak sehaluan dengan China, membetulkan kesalahan, dan mengambil langkah benar bagi melaksanakan konsensus penting pemimpin kedua-dua negara, dan bersama-sama mendorong hubungan ekonomi dan perdagangan China-AS maju ke depan dengan mantap.
Tinggalkan Balasan