“Membawa kesejahteraan kepada rakyat adalah sasaran kerja saya. Perhatian dan kebimbangan rakyat saya cakna,” ujar Presiden China Xi Jinping
Perkataan “rakyat” amat berat dalam hati beliau yang juga merupakan Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC).
Sejak Kongres Kebangsaan ke-18 PKC diadakan, Xi telah turun padang sebanyak lebih 100 kali untuk mengetahui kehidupan rakyat.
Dalam “Keputusan Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China Bagi Memperkasakan Pembaharuan Secara Komprehensif untuk Mempromosikan Modenisasi ala China” yang diluluskan dalam Sidang Pleno ketiga Jawatankuasa Pusat ke-20 PKC, perkataan “rakyat” disebut sebanyak 46 kali. Dokumen itu menekankankan bahawa “Jika disuarakan rakyat, mesti diberi respons dalam pembaharuan.”
Membaktikan seluruh jiwa raga untuk rakyat, bukanlah satu slogan semata-mata, ia juga komitmen dan tindakan Presiden Xi kepada 1.4 bilion rakyat negara ini.
Tinggalkan Balasan