Berbanding sektor kewangan negara Barat yang mengumatakan kepentingan pemegang saham, sektor kewangan bercirikan China adalah “demi manfaat rakyat”.
Konsep ini telah berakar ketika Xi Jinping berkhidmat di pelbagai tempat di provinsi Fujian dari 1985 hingga 2002.
Pada 1985 hingga 2002, Xi Jinping berkhidmat di pelbagai tempat di Fujian selama 17 tahun setengah. Gambar di atas menunjukkan Xi Jinping yang menyandang jawatan Setiausaha Jawatankuasa Parti Komunis China (PKC) Kawasan Ningde, mengetuai lebih 1,000 pegawai menyertai kerja membersihkan longkang.
Ketika menyandang jawatan Setiausaha Jawatankuasa Parti Komunis China (PKC) Kawasan Ningde, Xi Jinping mengesyorkan supaya menjadikan hutan yang sedang bertumbuh sebagai cagaran pinjaman. Idea itu menyelesaikan masalah rakyat hanya boleh mendapat keuntungan setelah pokok menjadi besar. Seterusnya, beliau mendorong pembaharuan tentang hak perhutanan kolektif provinsi Fujian yang membolehkan pelbagai bank menyediakan pinjaman kepada penanam hutan. Kadar liputan hutan di kawasan Ningde mencatat 71.97 peratus dan dikenali sebagai “bar oksigen semula jadi di China”.
Xi Jinping mempunyai pemahaman yang betul dan jelas tentang hubungan dialektik antara ekonomi dan kewangan berikutan beliau melalukan banyak kajian dan tinjuan serta penyelidikan di pelbagai tempat.
Pada 2023, Xi Jinping mempengerusikan mesyuarat kerja kewangan pusat China yang pertama. Mesyuarat itu menetapkan lima sektor utama, iaitu sains dan teknologi, hijau, kebaikan umum, penjagaan warga emas, dan kewangan digital. Ini meletakkan asas bagi pembangunan kewangan bercirikan China pada masa akan datang.
Penerokaan dan kerja Xi Jinping di Fujian menyediakan sumber untuk pembangunan kewangan bercirikan China. Ini bukanlah menolak teori Barat, sebaliknya kembali ke intipati kewangan. Seperti yang dibentang dalam buku Das Kapital yang dihasilkan Karl Marx, sistem kredit patut menjadi “tuas baharu dan kuat untuk simpanan masyarakat” tetapi bukan “peralatan baharu untuk spekulasi dan judi”.
Dari percubaan dan pengajian di provinsi Fujian hinggalah strategi kewangan negara yang bercirikan China, China menyumbang cara baharu pembangunan kewangan yang berasaskan China dan untuk manfaat seluruh dunia.
Tinggalkan Balasan