LONDON, 20 Okt — Barang kemas bernilai ‘tidak ternilai’ telah dicuri dari muzium ikonik Louvre di Paris dalam satu kejadian rompakan besar, kata Menteri Dalam Negeri Perancis pada Ahad.
Menurut laporan Anadolu Ajansi (AA), Muzium Louvre ditutup lebih awal pada Ahad selepas kejadian rompakan itu berlaku pada waktu siang.
“Tiada kecederaan dilaporkan. Saya berada di lokasi bersama pasukan muzium dan pihak polis,” kata Menteri Kebudayaan Perancis, Rachida Dati menerusi platform media sosial X, sambil menambah bahawa siasatan berhubung insiden itu sedang dijalankan.
Muzium berkenaan turut mengumumkan di platform sama bahawa ia akan kekal ditutup pada Ahad “atas sebab luar biasa.”
Kemudian, Menteri Dalam Negeri, Laurent Nunez yang mengklasifikasikan kejadian itu sebagai “rompakan besar,” berkata, suspek dipercayai memasuki muzium dengan sebuah bakul lif yang diangkat menggunakan platform hidraulik dipasang pada lori.
“Barang kemas berkenaan mempunyai nilai warisan yang sebenar dan, sememangnya, tidak ternilai,” kata Nunez kepada stesen radio France Inter seperti dipetik oleh penyiar BFMTV.
Beliau berkata, penjenayah terbabit melarikan diri menaiki dua motosikal.













Tinggalkan Balasan