Berpegangan Tangan

Setiap keluarga seumpama satu ‘negara’ yang saiznya paling kecil, sedangkan setiap negara merangkumi ratusan juta keluarga.

Presiden China Xi Jinping sangat peka akan keluarganya.

Di mata Xi, “nasib dan masa depan setiap keluarga terikat dengan masa depan dan nasib nusa dan bangsa”, “hanya dengan setiap keluarga berada dalam keadaan baik, barulah negara dan bangsa dapat berkembang dengan baik”.

Dari jatuh cinta pada saat pertama hingga hidup bersama sepanjang umur, Xi dan isterinya, Peng Liyuan sudah bersama mengharungi perjalanan lebih 30 tahun, “kedua-dua kami mempunyai kerjaya masing-masing, tetapi menumpukan tenaga bersama dalam urusan isi rumah.”

Mereka saling mencintai, malah mengaitkan kecintaan itu dengan tanah air.