Bersama Pastikan Perkembangan Sejarah Manusia Berada di Landasan yang Betul

Menteri Luar China, Wang Yi telah menyampaikan ucapan yang bertajuk “Bersama Pastikan Perkembangan Sejarah Manusia Berada di Landasan yang Betul” pada sesi “China in the World” sempena Persidangan Keselamatan Munich di Jerman pada 14 Februari.

Wang berkata bahawa sepanjang tahun lalu, situasi antarabangsa telah menjadi semakin kompleks dan bergolak, dan sudah tiba masa untuk membuat pilihan lagi tentang hala tuju perkembangan masyarakat manusia demi keamanan dan pembangunan. Inisiatif Tadbir Urus Global saranan Presiden China Xi Jinping yang menyasarkan pembinaan sistem tadbir urus sejagat yang lebih adil dan rasional, selaras dengan komitmen untuk melaksanakan lima prinsip, iaitu menegakkan kesamarataan dari segi kedaulatan setiap negara, memartabatkan penguatkuasaan undang-undang antarabangsa, mempertahankan amalan multilateralisme, mengutamakan kepentingan rakyat, dan menekankan hala tuju serta keberhasilan dalam tindakan bersama. Inisiatif ini telah menjana impak sosial yang meluas di arena antarabangsa, dan dilihat sebagai momentum baharu bagi pembentukan komuniti berkongsi nasib sesama insan.

“Kita perlu menyempurnakan tadbir urus sejagat melalui pembaharuan, dan memastikan perkembangan sejarah manusia berada di landasan yang betul,” ujar Wang.

“Saya mencadangkan empat perkara seperti berikut, menambah nafas baharu kepada sistem Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, menekankan kerjasama dan penyelarasan antara pelbagai negara, mempertahankan amalan multilateralisme, dan menonjolkan tugasan yang paling mendesak buat masa sekarang iaitu menghentikan peperangan dan menggesa keamanan.

“China konsisten dalam memainkan peranan sebagai pelindung keamanan yang teguh, penjaga kestabilan yang boleh dipercayai dan penggerak kemajuan sejarah, serta tidak berganjak dari mendorong pembentukan komuniti berkongsi nasib sesama insan,” tambah beliau.