Bilangan kawanan Gajah Asia meningkat dengan stabil dan habitatnya bertaburan di kawasan yang lebih luas, hasil langkah-langkah pengurusan dan konservasi yang semakin baik diambil China sejak akhir-akhir ini.
Habitat kawanan gajah Asia di China terutama bertaburan di provinsi Yunnan melibatkan daerah Xishuangbanna, bandar Pu’er dan Lincang.
Kini, terdapat 11 zon perlindingan alam semula jadi di China untuk perlindungan kawanan Gajah Asia.
Menurut data terkini dari Jabatan Perhutanan dan Padang Rumput Yunnan, bilangan gajah Asia liar di provinsi itu berada dalam trend peningkatan dengan mencecah 300 ekor lebih pada masa ini, manakala kawanan yang semakin membesar itu juga didapati mengalami perubahan dalam pergerakan harian.
Untuk melakukan pemantauan dan memberi amaran dengan lebih baik, serta mengelakkan konflik antara manusia dengan gajah, Pusat pemantauan dan Amaran Awal Gajah Asia Yunnan menawarkan peta haba berdasarkan aplikasi dron yang dilengkapi kamera inframerah dan peralatan lain, yang dipercayai lebih saintifik dan kondusif dalam melakukan perlindunganan terhadap kawanan gajah.
Dalam pada itu, perkhidmatan peta haba itu juga disokong platform pengawal, yang boleh memberi amaran awal dalam 10 saat lebih apabila mengenalpasti kehadiran gajah.
Sejak platform itu beroperasi, belum ada insiden berkaitan konflik antara gajah dengan manusia yang dilaporkan dalam skop pemantauannya.
Untuk rekod, semalam bersamaan dengan 12 Ogos merupakan Hari Gajah Antarabangsa.
Tinggalkan Balasan