Buku Perkenal Pemikiran Ekonomi Xi Jinping Diterbitkan

Buku memperkenalkan pemikiran ekonomi Xi Jinping telah diterbitkan oleh Higher Education Press dan People’s Publishing House.

Buku itu disusun oleh Jabatan Publisiti Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) dan Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara (NDRC), mengandungi 15 bab dengan jumlah keseluruhan sekitar 210,000 patah perkataan.

Buku ini menghuraikan secara sistematik kepentingan, kedudukan sejarah, ciri-ciri, sistem saintifik, konotasi asas serta keperluan praktikal dalam pemikiran ekonomi Xi.

Buku berkenaan akan menjadi buku teks penting bagi pelajar dari institusi pengajian tinggi (IPT) khususnya dalam jurusan ekonomi untuk mempelajari dan menguasai pemikiran ekonomi Xi, selain menjadi bahan bacaan penting bagi ahli Parti dan pegawai di seluruh negara.