Atas jemputan Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), Xi Jinping, Pengerusi Parti Kuomintang China, Cheng Li-wun yang mengetuai delegasi parti itu telah tiba di bandar Nanjing melalui bandar Shanghai, semalam bagi memulakan lawatan di tanah besar China.
Sebaik tiba di Nanjing, Cheng berkata lawatannya amat bermakna pada kali ini kerana bertujuan untuk menjaga keamanan Selat Taiwan dan meningkatkan kebajikan rakyat.
Beliau berkata Parti Kuomintang China akan terus berpegang pada “Konsensus 1992”, menentang “pemisahan Taiwan”, dan terus memainkan peranan penting dalam mendorong pembangunan dan keamanan hubungan kedua-dua pantai Selat Taiwan.
Terdahulu, ketibaan Cheng dan delegasi di Shanghai telah disambut oleh Pengarah Pejabat Hal-ehwal Taiwan Jawatankuasa Pusat PKC, Song Tao yang turut menyifatkan kunjungan tersebut amat dialu-alukan.
Menurut Song, kedua-dua parti perlu mengutamakan kepentingan bangsa dan kesejahteraan rakyat, di samping memperkukuh kerjasama bagi mendorong pembangunan keamanan hubungan kedua-dua pantai Selat Taiwan, sekali gus bersama-sama mewujudkan kebangkitan semula bangsa China.













Tinggalkan Balasan