Sinergi perlu dibentuk untuk memelihara multilateralisme, menegakkan keadilan antarabangsa serta mewujudkan keamanan, kestabilan dan pembangunan.
Jurucakap Kementerian Luar China Mao Ning membuat kenyataan itu pada Rabu susulan ‘Kumpulan Rakan Tadbir Urus Global’ (GFGG) dilancarkan secara rasmi oleh Misi Tetap China ke Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Geneva mutakhir ini.
Majlis pelancaran turut dihadiri wakil-wakil dari hampir 60 buah negara termasuk 42 anggota pengasas GFGG.
Terdahulu, GFGG telah ditubuhkan di ibu pejabat PBB di New York atas syor pihak China pada Disember lalu.
Mao berkata penubuhan kumpulan berkenaan mencerminkan Inisiatif Tadbir Urus Global (GGI) yang disyorkan Presiden Xi Jinping selaras dengan keperluan dunia dan aspirasi rakyat.
“Adalah lebih penting untuk meneliti semula niat asal penubuhan PBB tatkala perjuangan mulia dalam menjaga keamanan dan pembangunan berdepan cabaran serius dewasa ini,” ujar beliau.
Negara yang berkongsi visi sama dialu-alukan menyertai GFGG, kata Mao sambil menyatakan kesediaan China bekerjasama dengan komuniti antarabangsa untuk meneroka pendekatan menambah baik tadbir urus sejagat serta bersama-sama menangani pelbagai cabaran global.













Tinggalkan Balasan