China mengalu-alukan syarikat-syarikat asing untuk meningkatkan pelaburan dan kerjasama dengan China bagi berkongsi peluang pembangunan negara ini dengan lebih baik.
Naib Perdana Menteri China, Ding Xuexiang berkata demikian semasa menerima kunjungan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Goldman Sachs, David Solomon, di Beijing pada Rabu.
Ding menyatakan, China akan memacu pembangunan berkualiti tinggi dalam tempoh pelaksanaan Rancangan Pembangunan Lima Tahun ke-15, dan meningkatkan tahap keterbukaan terhadap luar.
Pada masa yang sama, terus meneroka potensi pasaran berskala besar bagi menyediakan penggerak baharu kepada pembangunan global, serta menyediakan lebih banyak peluang baharu untuk syarikat-syarikat negara lain.
David Solomon pula menyatakan, Goldman Sachs bersikap optimis terhadap prospek pembangunan dan potensi pertumbuhan ekonomi China, dan akan terus menembusi pasaran di negara ini bagi memainkan peranan positif dalam perkembangan hubungan Amerika Syarikat-China yang stabil.













Tinggalkan Balasan