Delegasi China dan Amerika Syarikat (AS) telah mengadakan rundingan ekonomi dan perdangan yang terus-terang, mendalam dan konstruktif di Paris pada Ahad hingga Isnin.
Naib Perdana Menteri China He Lifeng mengetuai delegasi China, manakala delegasi AS diketuai Setiausaha Perbendaharaan AS Scott Bessent dan Wakil Perdagangan AS Jamieson Greer.
Kedua-dua pihak mengadakan perbincangan tentang topik-topik yang diberikan perhatian bersama termasuk pengaturan tarif, peningkatan perdagangan dan pelaburan dua hala, serta pemeliharaan konsensus yang sedia dicapai.
Kedua-dua pihak bersetuju untuk mengkaji pembinaan mekanisme kerjasama bagi mendorong perdagangan dan pelaburan dua hala, terus memanfaatkan mekanisme rundingan ekonomi dan perdagangan yang sedia dibina, meningkatkan dialog dan komunikasi, mengawal percanggahan pendapat, serta memperluas kerjasama pragmatik agar mendorong hubungan ekonomi dan perdagangan China-AS berkembang secara sihat, stabil dan mampan.
He Lifeng berkata China dan AS telah mencapai siri persetujuan dalam ekonomi dan perdagangan melalui lima pusingan rundingan pada tahun lalu, sekali gus memberikan lebih banyak kepastian dan kestabilan kepada hubungan ekonomi dan perdagangan kedua-dua negara serta ekonomi dunia.
Walau bagaimanapun, menurut He, China tetap menentang AS mengenakan tarif tambahan secara sepihak, dan menuntut White House menarik balik semua langkah seumpama.
He menekankan bahawa China akan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk membela hak dan kepentingan diri yang sah.
Pihak AS menyatakan bahawa hubungan ekonomi dan perdangan AS-China yang stabil amat signifikan bagi kedua-dua negara malah dunia. Hubungan ini juga amat penting untuk mendorong pertumbuhan ekonomi, keselamatan rantaian bekalan dan kestabilan kewangan di peringkat global.
Menurut pihak AS, kedua-dua negara harus mengurangkan pergeseran, mengelakkan masalah menjadi lebih meruncing dan menyelesaikan percanggahan pendapat melalui rundingan.













Tinggalkan Balasan