China, AS Harus Saling Hormat, Wujud Bersama Secara Damai – Menteri Luar Wang Yi

China dan Amerika Syarikat (AS) harus menjunjung prinsip saling hormat, memelihara garis bawah bagi wujud bersama secara damai, dan berusaha untuk mewujudkan kerjasama sama menang.

Hal ini sesuai dengan kepentingan rakyat kedua-dua negara dan juga selaras dengan harapan masyarakat antarabangsa,

Demikian dikatakan Menteri Luar China Wang Yi dalam sidang akhbar Sidang ke-4 Kongres Rakyat Kebangsaan China (NPC) ke-14 yang diadakan di Beijing pada hari Ahad.

Wang Yi menyatakan bahawa hubungan antara China dengan AS mempunyai pengaruh besar terhadap pelbagai pihak malah dunia. Sekiranya kedua-dua negara ini tidak berinteraksi, ia hanya akan mengakibatkan salah faham dan salah tafsir, bahkan menyebabkan konflik dan konfrontasi yang akan memberi impak teruk kepada dunia. 

Beliau berkata China dan AS adalah negara besar. Kedua-dua negara ini tidak boleh mengubah satu sama lain, namun boleh mengubah cara berinteraksi.