China, AS Umum Penangguhan Kenaikan Tarif Selama 90 Hari

China dan Amerika Syarikat (AS) mengeluarkan Kenyataan Bersama Rundingan Ekonomi dan Perdagangan Stockholm, pada Selasa.

Kedua-dua pihak turut mengumumkan penangguhan sementara terhadap langkah-langkah tarif baharu kedua-dua negara.

Dalam kenyataan bersama tersebut, AS berjanji akan menyesuaikan kenaikan tarif ke atas barangan China (termasuk dari Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong dan Wilayah Pentadbiran Khas Macau), serta akan menangguhkan pelaksanaan tarif timbal balik sebanyak 24 peratus, selama 90 hari bermula 12 Ogos.

Sementara itu pihak China akan menangguhkan pelaksanaan tarif tambahan sebanyak 24 peratus terhadap barangan dari AS dan langkah balas bukan tarif berkaitan bagi tempoh 90 hari, berkuatkuasa pada tarikh yang sama.