Paris International Agricultural Show (SIA) ke-62 telah membuka tirai di Pusat Pameran Porte de Versailles, di sini pada Sabtu lalu waktu tempatan.
Delegasi Pempamer Pertanian Negara China kendalian Pusat Promosi Perdagangan Pertanian di bawah Kementerian Pertanian dan Hal Ehwal Luar Bandar China turut membuat debut dalam pameran kali ini.
Pada pagi Sabtu lalu, upacara perasmian Pavilion China diadakan dalam suasana meriah sempena perayaan Tahun Baru Cina (TBC) 2026. Tarian singa dan peragaan busana serta hiasan kekampungan yang dipersembahkan kemudian, mempamerkan wajah baharu dan sentuhan moden yang wujud dalam pertukangan tradisional dari kawasan desa China.
Seorang pegawai delegasi tersebut menyatakan bahawa China dan Perancis merupakan dua negara gergasi dalam bidang pertanian dan kulinari. Kerajsama pertanian merupakan komponen penting dalam hubungan perdagangan kedua-dua negara. Oleh itu, China akan mengambil peluang ini untuk terus meningkatkan interaksi dengan Perancis dalam sektor agromakanan dan kerjasama perdagangan, dan mendorong pengedaran produk agromakanan yang berkualiti tinggi antara satu sama lain yang dipercayai kundusif bagi memperincikan pelaksanaan projek kerjasama pertanian China-Perancis pada masa depan.
Thomas Pavie, wakil Agensi Produk Pertanian dan Makanan Nasional Perancis bagi urusan pembiakan ternakan dan industri tenusu, pula menunjukkan bahawa China berada di barisan hadapan dalam bidang AgriRobot dan pertanian jitu. Kedua-dua pihak boleh meningkatkan kerjasama dalam aspek peningkatan kecekapan, menyahut cabaran dari perubahan iklim dan memperkukuh keupayaan mitigasi bencana kemarau.
Delegasi China yang terdiri daripada pempamer dari provinsi Henan, Hunan, Guangdong dan Sichuan ini menumpukan kepada pameran produk berteknologi terkini melibatkan lebih daripada 100 jenis termasuk teh, cendawan, Cinnamon (kayu manis China), keladi, buah-buahan dan dron pertanian.
Untuk rekod, SIA yang mula dianjurkan pada tahun 1964, merupakan salah satu pameran pertanian yang berprestij di peringkat global. Edisi 2026 ini akan berlangsung hingga 1 Mac akan datang dan dijangka akan menyaksikan penglibatan lebih 1,100 pempamer dari seluruh dunia.













Tinggalkan Balasan