Bidang sains dan teknologi China menyaksikan perkembangan pesat, menjadikan negara Tembok Besar berada di kedudukan ke-10 dalam Indeks Inovasi Global.
Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Sains dan Teknologi Yin Hejun ketika hadir pada sesi temu bual bersama media selepas perasmian sidang ke-4 Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) ke-14 di Beijing pada Khamis.
Menurut beliau, peruntukan seluruh masyarakat bagi penyelidikan dan pembangunan (R&D) sepanjang tahun lepas melebihi 3.92 trilion yuan (RM2.24 trilion), dengan intensiti mencapai paras 2.8 peratus.
Bagi penyelidikan asas, Yin memaklumkan bahawa peruntukan berkenaan dicatat meningkat kepada 280 bilion yuan (RM160.26 bilion), menandakan rekod tertinggi dalam sejarah.













Tinggalkan Balasan