Berhadapan situasi antarabangsa yang penuh dengan pergolakan serta perubahan drastik lagi rumit, China dan India dikehendaki menjadi rakan kerjasama, dan bukannya pelawan dalam persaingan. Kedua-dua negara perlu berpandangan ke hadapan ketika menangani hubungan dua hala dari segi strategik, menjadikan pembangunan di negara masing-masing sebagai peluang dan bukannya ancaman.
Konsensus demikian dicapai dalam satu dialog strategik China-India pusingan baharu di New Delhi pada khamis, yang diserikan dengan kehadiran Naib Menteri Luar China, Ma Zhaoxu dan Setiausaha Luar India, Vikram Misri.
Kedua-dua pihak mengadakan komunikasi yang mesra, ikhlas dan mendalam mengenai situasi antarabangsa, dasar negara masing-masing mengenai urusan dalaman dan diplomasi, isu serantau dan antarabangsa yang menjadi tumpuan bersama serta hubungan dua hala.
Kedua-dua pihak bersetuju akan menambah kesalingpercayaan, memperluas kerjasama dan berhemah ketika menangani pertelingkahan untuk mendorong hubungan China-India berkembang mengikut landasan yang sihat dan stabil.
Sementara itu, kedua-dua pihak juga bersetuju menyokong antara satu sama lain tentang kepengerusian masing-masing untuk blok BRICS pada tahun ini dan tahun hadapan, menyokong amalan multilateralisme dan kepusatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam landskap dunia, mengukuhkan perpaduan dan kerjasama Selatan Global, mempertahankan keadilan dan keamanan antarabangsa, mendorong polarisasi di peringkat global, dan menyumbang kepada keamanan dan pembangunan Asia bahkan dunia.













Tinggalkan Balasan