China, EU Bersedia Kukuh Hubungan Bilateral

Ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China yang juga Menteri Luar, Wang Yi mengadakan pertemuan secara kolektif dengan diplomat Kesatuan Eropah (EU) dan diplomat negara anggota EU di Beijing pada Rabu.

Wang Yi berkata bahawa tahun ini menandakan ulang tahun ke-50  hubungan diplomatik antara China dan EU.

Wang turut mengemukakan cadangan bagi perkembangan hubungan China-EU pada masa depan berdasarkan prinsip saling menghormati, terutamanya menghormati kepentingan dan keprihatian utama pihak masing-masing. 

“EU diharapkan terus berpegang kepada prinsip Satu China dan menentang ‘kemerdekaan Taiwan’ dalam sebarang bentuk. 

“Pelbagai pihak perlu mempertahankan kedudukan rakan kongsi dan amalan multilateralisme,” kata Wang.

Ketua delegasi EU ke China dan diplomat negara anggota EU ke China pula mengatakan bahawa EU bersedia bekerjasama dengan China untuk menghadapi masa depan, mengembangkan hubungan EU-China yang membina dan stabil, bersama-sama mengatasi cabaran global, mengukuhkan komunikasi dan koordinasi dalam isu-isu hangat serantau, melindungi  amalan multilateralisme, dan mewujudkan keamanan dan keselamatan di dunia.  

Langgan Surat Berita

Dapatkan berita terkini kami terus ke peti masuk anda