China Gesa Hentikan Ketegangan di Selat Hormuz

Perkara yang mendesak buat masa ini adalah pihak terbabit menghentikan operasi ketenteraan dengan segera bagi mengelakkan ketegangan terus memuncak serta mencegah pergolakan rantau daripada memberi impak lebih besar terhadap ekonomi sejagat.

Perkara itu dinyatakan jurucakap Kementerian Luar (MFA) Guo Jiakun dalam sidang media pada Selasa susulan situasi semasa di Selat Hormuz.

Guo berkata Selat Hormuz serta perairan sekitarnya merupakan laluan antarabangsa penting bagi perdagangan barangan dan tenaga.

Justeru pemeliharaan keselamatan dan kestabilan di kawasan berkenaan adalah selaras dengan kepentingan bersama semua pihak, ujar beliau.