China Jayakan Penerbangan Sulung Dron Bersaiz Besar ‘Jiutian’ 

Penerbangan sulung bagi dron bersaiz besar ‘Jiutian’ berjaya diselesaikan di Pucheng Shaanxi pada Khamis, menurut maklumat daripada Kumpulan Industri Penerbangan China.

Kejayaan penerbangan sulung ini menandakan satu terobosan baharu dalam perkembangan teknologi dron bersaiz besar di China.

Dron ‘Jiutian’ yang berkonsepkan  ‘platform serba guna + muatan misi modular’ ini direka oleh Institut Penyelidikan Reka Bentuk Pesawat Pertama Industri Penerbangan atas mandat Syarikat Teknologi Peralatan Tanpa Pemandu Shaanxi.

Dron ‘Jiutian’ yang sepanjang 16.35 meter dan selebar 25 meter (dikira dari kedua-dua hujung sayap) ini, mengungguli tangga teratas dalam ranking global, disokong oleh pelbagai indeks kualiti premium seperti keberatan maksimum ketika berlepas (Maximum Take-Off Weight, MTOW) mencapai 16 tan, kapasiti muatan maksimum mencatat 6,000 kilogram, masa penerbangan maksimum mencecah 12 jam, dan jarak penerbangan transit boleh menokok 7,000 kilometer.

Dron “Jiutian” boleh digunakan di premis yang pelbagai untuk kegunaan awam yang melibatkan pengangkutan kargo berat dan penghantaran logistik dengan ketepatan tinggi ke kawasan pendalaman dan kepulauan di laut, membantu memulihkan telekomunikasi dengan cepat dalam misi penyelamatan kecemasan, penghantaran peralatan bantuan bencana, serta menyediakan perkhidmatan pengukuran dan pemetaan geografi, penilaian bencana, dan tinjauan sumber mineral.