China komited dan bersikap terbuka untuk berkongsi pembangunan dan kemakmuran dengan semua negara.
Demikian menurut jurucakap Kementerian Luar (MFA) China, Mao Ning dalam sidang media pada Rabu sebagai respons terhadap laporan penyelidikan yang baru diterbitkan oleh beberapa institusi kewangan Eropah seperti Standard Chartered Britain, Société Générale Perancis dan Internationale Nederlanden Group Belanda.
Laporan tersebut menyatakan bahawa ekonomi China dijangka mengekalkan pertumbuhan stabil pada tahun 2026 didorong oleh teknologi inovatif dan transformasi hijau, selain akan memperlihatkan daya tahan kukuh dalam kalangan entiti ekonomi utama dunia.
“Tahun 2026 menandakan permulaan pelaksanaan Rancangan Pembangunan Lima Tahun (FYP) ke-15.
“Pembangunan modenisasi ala China akan menyediakan tenaga penggerak dan peluang baharu kepada seluruh dunia untuk mencipta masa depan yang gemilang,” katanya.













Tinggalkan Balasan