Menteri Luar China Wang Yi dan rakan sejawatnya dari Kyrgyzstan, Jeenbek Kulubaev mengadakan dialog strategik di Bishkek pada Rabu dan sepakat untuk memperkasa kerjasama dalam pelbagai bidang.
Wang berkata kedua-dua negara harus mempergiat pembangunan dan pemodenan infrastruktur pintu sempadan, memudahkan pengangkutan rentas sempadan, serta mempercepat pemeteraian perjanjian perdagangan perkhidmatan dan pelaburan.
Beliau turut menyeru pengukuhan kerjasama dalam bidang pelancongan, perubatan dan pendidikan serta pertukaran maklumat antikeganasan dan usaha memerangi jenayah terancang rentas sempadan.
Sementara itu, Kulubaev menyatakan kesediaan Kyrgyzstan untuk meningkatkan kerjasama dengan China di bawah rangka Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), mempercepat pembinaan landasan kereta api China-Kyrgyzstan-Uzbekistan dan mengukuhkan pertukaran sosiobudaya.













Tinggalkan Balasan