China melakar kejayaan baharu dalam penerokaan dan perlindungan laut, kata Menteri Sumber Asli, Guan Zhi’ou semasa sesi temu bual sidang tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) pada Khamis.
Guan memaklumkan bahawa nilai pengeluaran ekonomi marin China melepasi 11 trilion yuan (RM6.3 trilion) pada 2025, menyumbang kira-kira 7.9 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
China juga berada di kedudukan teratas dunia dari segi skala industri yang merangkumi pembinaan kapal, peralatan kejuruteraan marin, tenaga angin luar pesisir serta perikanan laut.
Menurut beliau, China telah menandatangani perjanjian kerjasama berkaitan ekonomi biru dengan lebih 50 buah negara dan pertubuhan antarabangsa.












Tinggalkan Balasan