China Laksana Dasar Pengecualian Visa untuk Semua Negara GCC

China melaksanakan dasar pengecualian visa 30 hari secara percubaan bagi pemegang pasport biasa dari Arab Saudi, Oman, Kuwait dan Bahrain mulai 9 Jun 2025 hingga 8 Jun 2026.

Perkara itu dimaklumkan jurucakap Kementerian Luar China Mao Ning pada Rabu.

Dengan itu, semua negara anggota Majlis Kerjasama Teluk (GCC) menikmati pengecualian visa yang ditawarkan kerajaan China.