China Laksanakan Dasar Pengecualian Visa kepada Lima Negara LAC

China memutuskan untuk melaksanakan dasar pengecualian visa kepada pengembara dari lima negara Latin Amerika dan Caribbean (LAC). Berita itu diumumkan sempena Mesyuarat Peringkat Menteri Forum China-Komuniti Negara-negara Amerika Latin dan Caribbean (CELAC) keempat yang diadakan di Beijing baru-baru ini.

Menurut keputusan itu, pemegang pasport biasa dari Brazil, Argentina, Chili, Peru, dan Uruguay yang datang ke China untuk tujuan berniaga, melancong, mengunjungi sanak saudara atau famili, pertukaran, dan transit selama tidak lebih daripada 30 hari, akan dikecualikan visa.

Jurucakap Kementerian Luar China Lin Jian dalam sidang taklimat pada Khamis menjelaskan bahawa untuk memudahkan pertukaran lawatan sesama rakyat, kerajaan China memutuskan untuk mengecualikan visa bagi pengembara dari lima negara tersebut, berkuatkuasa bermula 1 Jun 2025 hingga 31 Mei 2026.

Lin menegaskan bahwa China akan mengekalkan keterbukaan bertaraf tinggi dan mengeluarkan lebih banyak dasar untuk memudahkan pertukaran lawatan antara China dengan negara luar. 

Di samping itu, beliau menyatakan bahawa China mengalu-alukan lebih ramai pelancong asing untuk memanfaatkan dasar bebas visa untuk berkunjung ke China, melihat negara yang indah dinamik ini dengan mata sendiri.