China, Lesotho Komited Perkasa Kerjasama Segenap Bidang

China dan Lesotho menegaskan komitmen untuk memperkasa kerjasama pragmatik dalam pelbagai bidang dan memajukan perkongsian strategik antara kedua-dua negara.

Menteri Luar China Wang Yi mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Lesotho, Lejone Mpotjoana di Maseru, ibu negara Lesotho pada Sabtu.

Wang berkata China melihat Lesotho sebagai rakan strategik dan bersedia bekerjasama dengan negara itu untuk membina model negara yang besar dan yang kecil saling menghormati, berkolaborasi secara sama rata dan maju bersama.

Kedua-dua pihak harus memperkukuh kepercayaan strategik antara satu sama lain, mengembangkan pertukaran sosiobudaya dan memanfaatkan dasar sifar tarif, tambah beliau.

Sementara itu, Mpotjoana menzahirkan penghargaan terhadap bantuan yang dihulurkan China kepada Lesotho selama ini serta kesediaan menggerakkan pembinaan komuniti berkongsi nasib Lesotho-China.