Dialog Perniagaan China-Malaysia Jalur dan Laluan edisi keenam membuka tirainya di bandar Yinchuan, wilayah Ningxia pada Khamis.
Dialog itu menarik penyertaan lebih 200 wakil kerajaan dan perniagaan dari kedua-dua negara bagi membincangkan usaha memperkasa kerjasama di bawah Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), dengan memberi tumpuan khusus kepada aspek kelancaran perdagangan, inovasi teknologi, kebudayaan dan pelancongan serta pertanian moden.
Acara berkenaan menyaksikan sebanyak 26 projek kerjasama bernilai 495 juta yuan (RM289.83 juta) berjaya dimeterai membabitkan bidang perdagangan dan pelaburan, pertanian organik, pelancongan, perubatan dan lain-lain.
Kini Malaysia merupakan rakan dagang terbesar dan sumber pelaburan asing yang penting bagi Ningxia di rantau ASEAN, selain menjadi antara destinasi utama bagi pelancong dan pelajar antarabangsa dari wilayah itu.
Pada 2025, jumlah perdagangan antara Ningxia dan Malaysia mencapai 790 juta yuan (RM462.86 juta), meningkat sebanyak 12.2 peratus berbanding tahun sebelumnya.













Tinggalkan Balasan