Cubaan Jepun untuk melaksanakan “hak pertahanan diri kolektif” mencampuri Soal Taiwan dengan apa jua alasan disifatkan sebagai pencerobohan terhadap China, dan pasti akan ditimpa serangan balas yang dahsyat.
Demikian kata Wakil Tetap China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Fu Cong dalam ucapannya pada perdebatan umum persidangan 2026 Jawatankuasa Khas mengenai “Piagam PBB” dan Pemerkasaan Peranan PBB pada Rabu.
Fu berkata, Taiwan adalah sebahagian yang tidak boleh dipisahkan dari wilayah China, bagaimana menyelesaikan Soal Taiwan adalah urusan dalaman China, negara lain tidak berhak untuk mencampuri urusan itu, apatah lagi menggunakan kekerasan untuk melakukan apa yang disebut ‘pertahanan diri’.
“Dakwaan yang karut tersebut bertentangan dengan kewajiban antarabangsa yang perlu dipikul oleh Jepun sebagai negara yang kalah dalam perang dan kewajipannya yang termaktub dalam “Deklarasi Kaherah”, “Pengumuman Potsdam” dan ‘Dokumen Penyerahan Jepun’.
“Selain itu, dakwaan yang salah tersebut juga bertentangan dengan prinsip asas mengenai menghormati kedaulatan dan keutuhan wilayah setiap negara dan tidak mencampuri urusan dalaman negara lain yang terkandung dalam ‘Piagam PBB’ .
“Semua negara yang mencintai keamanan perlu menolak dan berwaspada pada cubaan yang provokatif tersebut,”kata Fu.













Tinggalkan Balasan