China, Perancis Tingkatkan Komuniksi dan Koordinasi dalam Isu Asia Barat

Ahli Biro Politik yang juga Pengarah Pejabat Hal Ehwal Luar Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), Wang Yi mengadakan perbualan melalui telefon dengan Penasihat Hal Ehwal Luar Presiden Perancis, Emmanuel Bonne seperti yang dijadualkan pada Jumaat untuk bertukar-tukar pendapat mengenai situasi di Asia Barat.

Ketika membentangkan pendirian China mengenai isu Asia Barat, Wang Yi menyatakan bahawa China dan Perancis sebagai dua anggota tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), harus meningkatkan komunikasi dan koordinasi strategik di sebalik situasi semasa yang kritikal, dan dengan tegas memelihara Piagam PBB dan undang-undang antarabangsa supaya dapat mengelakkan dunia kembali ke landskap pertarungan ‘hukum rimba’.

Wang berkata, tugas mendesak kini adalah mengekang konflik daripada terus merebak, dan mengelakkan negara lain daripada lebih terkesan. Masyarakat antarabangsa diharap mengeluarkan suara sebulat untuk menyeru peperangan dihentikan serta merta, di samping meningkatkan usaha pengantaraan dan menggalakkan dialog. Selain itu, Majlis Keselamatan PBB malah seluruh agensi di bawah PBB harus memainkan peranan yang sewajarnya untuk menggalakkan pemulihan kedamaian dan kestabilan serantau dengan secepat mungkin, dan sama juga bagi China dan Perancis yang tidak boleh ketinggalan dalam usaha tersebut.

Dalam perbualan telefon itu, Bonne telah berkongsi pandangannya terhadap situasi di rantau Asia Barat termasuk Iran dan Lubnan. Beliau menyatakan bahawa pihaknya bersedia meningkatkan komunikasi dan koordinasi dengan China untuk mendorong kewujudan kedamaian dan kestabilan di rantau tersebut dengan seawal mungkin.