China Perkukuh Kerjasama Serantau Melalui Pertemuan dengan Pemimpin Diplomatik SCO

Menteri Luar China Wang Yi mengadakan pertemuan berasingan dengan Setiausaha Agung Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) Nurlan Yermekbayev, rakan sejawatnya dari Uzbekistan Bakhtiyor Saidov, Menteri Luar Tajikistan, Sirojiddin Muhriddin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Pakistan, Mohammad Ishaq Dar dan rakan sejawatnya dari Iran Seyed Abbas Araghchi di Tianjin China pada Rabu.

Ketika sesi pertemuan dengan Yermekbayev, Wang Yi berkata, sejak China mengambil alih jawatan pengerusi bergilir SCO, lebih 90 acara telah dianjurkan bagi mengukuhkan kerjasama antara negara-negara anggota dan menjadikan SCO lebih kukuh.   

Sementara itu Yermekbayev pula berkata, pihaknya akan terus menyokong usaha China sebagai negara pengerusi, dan berusaha bersama untuk menjayakan Sidang Kemuncak di Tianjin kali ini.

Manakala ketika bertemu dengan Seyed Abbas Araghchi, Wang Yi berkata, China sebagai rakan perkongsian strategik komprehensif Iran, akan terus menyokong Iran dalam memperjuangkan kedaulatan negara dan maruah bangsa, menolak politik kuasa pembuli, melindungi hak dan kepentingan yang sah melalui rundingan politik, dan menegakkan prinsip hubungan persahabatan dan semangat kejiranan yang baik.

Langgan Surat Berita

Dapatkan berita terkini kami terus ke peti masuk anda