China Pertahan Komitmen Terhadap Penubuhan Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara

China menegaskan sokongannya terhadap penubuhan Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara, sekaligus menyangkal kenyataan Menteri Pertahanan Filipina yang mendakwa penyertaan China dalam protokol perjanjian tersebut sebagai “hanya sandiwara”.

Naib Ketua Biro Penerangan, merangkap jurucakap Kementerian Pertahanan China, Kolonel Kanan Jiang Bin berkata demikian dalam sidang media pada Isnin petang.

Menurut Jiang, tuduhan tidak berasas Filipina tersebut bukan sahaja mencemarkan usaha China dalam mengekalkan keamanan serantau, malah menimbulkan persoalan sama ada kenyataan tersebut adakah mewakili individu atau dasar rasmi kerajaan Filipina.

“Penubuhan Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara adalah penting dalam mengukuhkan sistem antarabangsa tidak memperluas senjata nuklear serta menjamin keamanan dan kestabilan serantau,” tegas Jiang lagi.

Ujarnya, China telah menyatakan kesediaan untuk menjadi negara pertama yang menandatangani protokol perjanjian tersebut, membuktikan komitmen Beijing terhadap keselamatan serantau dan antarabangsa.

Jiang berkata, China juga mengulangi pendirian bahawa mengamalkan dasar “tidak menggunakan senjata nuklear terlebih dahulu” dan tidak akan mengguna atau mengancam penggunaan senjata nuklear terhadap negara bukan nuklear atau zon bebas senjata nuklear.

“China adalah satu-satunya antara negara pemilik senjata nuklear yang membuat janji sedemikian. Kekuatan dan dasar nuklear China merupakan sumbangan penting kepada kedamaian dunia, dan hal ini diakui oleh masyarakat antarabangsa”, kata Jiang.

Langgan Surat Berita

Dapatkan berita terkini kami terus ke peti masuk anda