China akan mengkaji dan merangka pelan pelaksanaan strategi peluasan permintaan domestik bagi tempoh 2026-2030, menurut Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara (NDRC).
Naib ketua NDRC, Wang Changlin berkata usaha akan diteruskan untuk memperkukuh kitaran domestik dan mengembangkan permintaan domestik secara menyeluruh, sekali gus memastikannya terus menjadi aspek penting dasar makro.
Menurut beliau, NDRC akan menggariskan pelan berkenaan dengan mengambil kira keperluan revolusi teknologi pusingan baharu dan transformasi perindustrian negara, sehingga mewujudkan permintaan baharu menerusi bekalan baharu.













Tinggalkan Balasan