China Sedia Perhebat Kerjasama dengan Senegal

China bersedia bekerjasama rapat dengan Senegal untuk melaksanakan “Sepuluh Tindakan Perkongsian China-Afrika”, memperbanyak projek mesra rakyat serta menggalakkan syarikat China melabur dalam bidang tenaga boleh baharu, infrastruktur digital dan lain-lain.

Demikian dinyatakan Presiden China, Xi Jinping ketika menerima kunjungan rakan sejawatnya dari Senegal, Ousmane Sonko di Dewan Besar Rakyat, Beijing pagi tadi.

Xi berkata, kedua-dua negara perlu saling menyokong dalam usaha melakukan pembangunan mengikut acuan sendiri, memperkukuh pertukaran antara parti dan pentadbiran negara dan secara berterusan memupuk rasa saling percaya dalam bidang politik.

Sementara itu Sonko berkata, pihaknya menyokong prinsip “Satu China”, dan meletakkan harapan yang tinggi untuk memperdalam perkongsian strategik komprehensif, mendorong pembangunan bersama dalam kerangka Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), mempererat kolaborasi perdagangan, pelaburan dan sumber tenaga, agar membantu pembangunan sosioekonomi Senegal. 

Langgan Surat Berita

Dapatkan berita terkini kami terus ke peti masuk anda