China Seru Hentikan Tindakan Ketenteraan, Pelihara Keselamatan Perkapalan di Selat Hormuz

Keselamatan tenaga amat penting bagi ekonomi global, maka semua pihak mempunyai tanggungjawab untuk memastikan bekalan tenaga dunia kekal stabil dan lancar.

Jurucakap Kementerian Luar China, Mao Ning berkata demikian dalam sidang media pada Selasa, sebagai menjawab soalan berhubung gangguan laluan perkapalan di Selat Hormuz.

Beliau turut menyeru semua pihak supaya segera menghentikan tindakan ketenteraan, mengelakkan ketegangan daripada terus meningkat, serta memastikan keselamatan laluan perkapalan di Selat Hormuz, bagi mengelakkan tempias lebih besar terhadap ekonomi global.