China Seru Penyelesaian Krisis Ukraine Secara Damai

Masyarakat antarabangsa harus membina suasana yang kondusif bagi penyelesaian krisis Ukraine melalui saluran politik, manakala Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) diharap memainkan peranan konstruktif dalam menyatukan konsensus keamanan antara negara-negara anggota.

Demikian dikatakan Konsul Misi Tetap China ke PBB, Teng Fei ketika menyampaikan ucapan susulan pengundian mengenai draf resolusi “Menyokong Keamanan Berkekalan di Ukraine” di Perhimpunan Agung Khas tergempar, pada Isnin. 

Teng Fei berkata China menggalakkan dan menyokong segala usaha yang bertujuan untuk mewujudkan keamanan. Pada masa sama, China juga menyeru semua pihak yang terlibat supaya mengekalkan momentum positif dan mengumpulkan konsensus demi mencapai perjanjian damai yang komprehensif, berkekalan, dan mempunyai kuasa mengikat. 

Menurut beliau lagi, struktur keselamatan Eropah yang lebih seimbang, berkesan, dan mampan harus dibentuk agar mencapai keamanan berkekalan di Eropah.

Perhimpunan Agung PBB meluluskan resolusi “Menyokong Keamanan Berkekalan di Ukraine” dengan 107 undi menyokong, 12 undi menentang, dan 51 undi berkecuali pada Isnin.