China Sokong Negara Teluk Tentukan Nasib Sendiri

China mengulangi seruan agar gencatan senjata segera dilakukan di Asia Barat serta penyelesaian dapat dicapai menerusi pendekatan politik.

Menteri Luar China Wang Yi membuat kenyataan itu semasa mengadakan perbualan telefon dengan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Qatar, Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al Thani pada Selasa.

Wang berkata China menyokong negara-negara Teluk untuk menentukan masa depan dan nasib rantau mereka sendiri.

Beliau turut menambah China akan terus memainkan peranan konstruktif dalam membantu meredakan ketegangan dan memulihkan kedamaian di rantau berkenaan.