China Tegas Tolak Tindakan “Militerisme Baharu” Jepun

China memandang serius mengenai rancangan kerajaan Jepun untuk meminda “Tiga Prinsip Pemindahan Peralatan Pertahanan” dan garis panduannya dalam masa terdekat, bagi melonggarkan sekatan Jepun terhadap pengeksportan senjata ke luar negara. 

Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Luar China, Mao Ning dalam sidang media pada Selasa. 

Beliau menegaskan bahawa Jepun sememangnya cuba untuk meningkatkan semula militarisasi dengan laluan dan tindakan konkrit yang sedang mengancam keamanan dan kestabilan rantau ini. 

Mao berkata masyarakat antarabangsa perlu berwaspada dan tegas menentang tindakan “militerisme baharu” itu. 

“Kami menggesa pihak Jepun untuk merenung dengan mendalam sejarah agresif militerisme, mematuhi janji dalam bidang keselamatan ketenteraan, bertindak dengan berhati-hati, dan jangan melangkah jauh dalam jalan yang salah”, katanya.