Presiden China, Xi Jinping menerima kunjungan rakan sejawatnya dari Uruguay, Yamandu Orsi di Dewan Besar Rakyat, Beijing pada Selasa.
Dalam pertemuan itu, Xi menegaskan bahawa China dan Uruguay perlu terus menyokong dalam isu-isu yang melibatkan keprihatian dan kepentingan teras masing-masing.
Beliau berkata ini termasuk meningkatkan pertukaran lawatan pelbagai peringkat, memperkukuh perkongsian pengalaman tadbir urus, serta meningkatkan kesalingpercayaan strategik antara China dan Uruguay.
Menurut Xi, Rancangan Lima Tahun ke-15 akan menggariskan kerangka pelan tindakan pembangunan sosiekonomi China bagi lima tahun akan datang, sekali gus turut menyediakan peluang kepada pelbagai negara, termasuk Uruguay.
Sementara itu, Orsi menyifatkan China sebagai antara rakan kerjasama terpenting bagi Uruguay dan merakamkan penghargaan atas segala bentuk bantuan yang disalurkan dalam pembangunan sosial dan ekonomi di negara itu.
Beliau juga menyanjung tinggi gagasan mengenai pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama insan iaitu konsep yang diperkenalkan Xi selain bersedia bekerjasama dengan China untuk menghormati piagam dan prinsip Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Ini termasuk mempertahankan multilateralisme, melindungi sistem perdagangan antarabangsa, dan menjaga kepentingan bersama negara-negara Selatan Global.













Tinggalkan Balasan