Menteri Luar China, Wang Yi dan rakan sejawatnya dari Vietnam, Le Hoai Trung mengadakan rundingan di Beijing pada Selasa.
Dalam pertemuan tersebut, Wang menyatakan bahawa pihaknya komited untuk berusaha bersama Vietnam berdasarkan konsensus pemimpin dan perkongsian strategik kedua-dua negara, memperkukuh kerjasama saling menguntungkan serta merapatkan interaksi sosiobudaya untuk mempromosikan pembinaan komuniti berkongsi nasib China-Vietnam.
Sementara itu Le Hoai Trung berkata, pihaknnya berharap hubungan perkongsian strategik komprehensif Vietnam-China dapat ditingkatkan ke tahap yang lebih tinggi.













Tinggalkan Balasan