Ekspo Rantaian Bekalan Antarabangsa China (CISCE) edisi ketiga berlangsung selama lima hari bermula 16 Julai di Beijing.
Para peserta antaranya wakil pertubuhan antarabangsa dan syarikat asing menyatakan bahawa rantaian bekalan China yang terus dinaik taraf menawarkan lebih banyak peluang kerjasama buat mereka.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Nvidia, Jensen Huang menyifatkan rantaian bekalan China sebagai satu keajaiban.
Huang berkata teknologi kecerdasan buatan (AI) sumber terbuka China menjadi pemangkin kepada kemajuan global, sekali gus membolehkan negara lain dan pemain industri berkenaan mengambil bahagian dalam revolusi AI.
Ujarnya sumber terbuka adalah kunci keselamatan AI, yang berperanan penting untuk menggerakkan kolaborasi masyarakat antarabangsa membabitkan piawaian teknologi, penanda aras prestasi dan langkah-langkah keselamatan.
Sementara itu, Setiausaha Agung Dewan Perniagaan Antarabangsa (ICC) John Denton berkata CISCE bukan sahaja menghubungkan ekonomi, perniagaan dan rakyat, tetapi juga membentuk jalinan kerjasama dalam bidang rantaian bekalan global, sekali gus menyumbang kepada pemulihan pertumbuhan sejagat dan pewujudan kemakmuran bersama.
Tinggalkan Balasan