CMG Adakan Konsert Filem, Keluarkan Isyarat Keamanan dan Perpaduan

Konsert filem “United as One World, Voices of Peace” anjuran Kumpulan Media China (CMG) diadakan di Lincoln Center di bandar New York, Amerika Syarikat (AS) pada Selasa. 

Presiden CMG, Shen Haixiong dalam ucapan melalui video berkata bahawa Presiden China, Xi Jinping telah menegaskan “seluruh manusia hidup di planet sama dan perlu berganding bahu serta hidup secara harmoni”.

Shen turut menyeru agar semua pihak menyingkap kembali objektif asal penubuhan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) serta mengambil iktibar sejarah, menghargai kedamaian dan mendorong bersama modenisasi dunia selain membina bersama komuniti berkongsi nasib sesama insan.

Kira-kira 700 tetamu termasuk Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Hubungan AS-China, Steve Orlins, pegawai PBB, serta wakil kalangan media dan seni AS, menghadiri konsert berkenaan.