CMG Anjur Pameran Robot Pengasuh Pintar di Shenzhen

Pameran robot pengasuh anjuran Kumpulan Media China (CMG) diadakan di bandar Shenzhen, provinsi Guangdong pada 4 hingga 6 Disember.

Bertemakan “CMG Smart Future – Nanny Robot Conference”, pameran interaktif itu memberi tumpuan kepada teknologi termaju dalam bidang robot pengasuh, membolehkan pada pengunjung merasai pengalaman gaya hidup masa depan.

Selain itu, para pengunjung juga boleh berinteraksi dengan robot pintar yang direka membantu dalam kehidupan seharian, terutamanya dalam penjagaan rumah dan warga emas.