CMG Anjur Pertandingan Kombat Robot di Hangzhou

Pertandingan kombat robot anjuran Kumpulan Media China (CMG) berlangsung di Hangzhou baru-baru ini.

Ia merupakan pertandingan pertama seumpamanya di dunia, sekali gus memperkenalkan ilmu sains dan teknologi berkaitan robot kepada orang ramai.

Difahamkan, robot yang menyertai pertandingan kali ini semuanya menggunakan teknologi yang diselidik dan dibangunkan oleh China secara mandiri. 

Perlawanan yang sengit turut menguji ketepatan kawalan serta keupayaan robot untuk mengekalkan keseimbangan ketika melakukan pergerakan yang kompleks, sekali gus menampilkan kemajuan teknologi China dalam bidang robotik.

Langgan Surat Berita

Dapatkan berita terkini kami terus ke peti masuk anda