CMG Anjur ‘Prelud Gala Tahun Baharu Cina’ di Jerman

Aktiviti ‘Prelud Gala Tahun Baharu Cina’ anjuran Kumpulan Media China (CMG) diadakan di Hamburg, Jerman pada Khamis.

Presiden CMG Shen Haixiong dalam ucapannya berkata gala tahun ini akan memanfaatkan sepenuhnya kelebihan CMG membuat penyiaran menerusi 85 jenis bahasa serta hasil inovasi teknologi ‘5G+4K/8K+AI’ bagi menyajikan temasya budaya kepada penonton dalam dan luar negeri.

CMG turut mengambil peluang ini untuk menayangkan video promo Gala TBC 2026 dan memperkenalkan produk budaya kreatif yang bercirikan elemen Tahun Kuda.