CMG Anjurkan Dialog Global ‘Inovasi, Terbuka, Pembangunan Bersama’ di Johannesburg

Dialog Global ‘Inovasi, Terbuka, Pembangunan Bersama’ anjuran Kumpulan Media China (CMG) telah diadakan di Johannesburg, Afrika Selatan pada Isnin, waktu tempatan.

Presiden CMG, Shen Haixiong dalam ucapan videonya berkata, CMG akan bekerjasama dengan rakan-rakan membina platform sejagat yang mengumpul kebijaksanaan dan bermesyuarat bersama, mempraktikkan “empat inisiatif sejagat”, dan berkongsi “cadangan China” dalam tadbir urus sejagat dengan pelbagai pihak. 

“Selain itu, CMG akan memanfatkan dominasinya dalam pensiaran antarabangsa, membina naratif tentang China dengan baik, memperkenalkan peluang baharu dalam mengendalikan usaha di China dan berkongsi masa depan modeniasi ala China serta penggerak inovatif pada era baharu dengan dunia.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Afrika Selatan, Blade Nzimande dalam ucapannya melalui video menyatakan bahawa China konsisten dalam menggubal secara saintifik dan melaksanakan Rancangan Lima Tahun, yang menunjukkan kebijaksanaan strategik dalam menggariskan hala tuju pembangunan domestik secara panjang lebar. Afrika Selatan berharap agar boleh mendapat panduan dan pengalaman daripada perancangan pembangunan baharu China, dan bersama dengan China mendorong kerjasama secara mendalam dalam bidang perubahan iklim, ekonomi digital dan sains teknologi angkasa.