CMG Dipilih sebagai Penyiar Rasmi Sukan Olimpik Musim Sejuk 2026 Milan-Cortina

Kumpulan Media China (CMG) dipilih sebagai penyiar rasmi yang memegang hak siaran bagi Sukan Olimpik Musim Sejuk 2026 di Milan-Cortina.

Pemilihan ini selepas CMG menandatangani memorandum kerjasama dengan Yayasan Milan-Cortina 2026 di Lausanne, Switzerland pada Isnin.

Kedua-dua pihak mencapai kata sepakat untuk memperdalam kerjasama dalam mempromosikan Sukan Olimpik Musim Sejuk 2026 di Milan-Cortina, penyiaran acara, liputan berita, serta lawatan dan pertukaran personel.

Langgan Surat Berita

Dapatkan berita terkini kami terus ke peti masuk anda