CMG, FEI Meterai Perjanjian Kerjasama

Kumpulan Media China (CMG) dan Persekutuan Sukan Ekuestrian Antarabangsa (FEI) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) mengenai kerjasama CMG-FEI di Beijing pada Khamis.

Kedua-dua pihak bersetuju untuk bersama-sama menggalakkan perkembangan sukan ekuestrian dan menjalankan liputan siaran terhadap acara pertandingan.

MoU tersebut ditandatangani Presiden CMG, Shen Haixiong dan Presiden FEI yang juga Presiden Persatuan Persekutuan Antarabangsa Olimpik Musim Panas (ASOIF) merangkap anggota Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa, Ingmar De Vos.

Pada majlis tersebut, Ingmar De Vos menzahirkan ucapan terima kasih kepada CMG dalam usaha mempromosikan sukan ekuestrian dan menyatakan harapan untuk menampilkan daya tarikan yang unik acara sukan itu kepada orang ramai dengan memanfaatkan kelebihan penyiaran CMG yang bertaraf dunia dan pengaruh CMG di peringkat antarabangsa.

Langgan Surat Berita

Dapatkan berita terkini kami terus ke peti masuk anda